Pertandingan Sketsa

Dalam memeriahkan lagi Bulan Membaca dan program Nilam 2009, pertandingan sketsa telah diadakan pada Jumaat 31 Julai untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid. Keterlibatan semua murid-murid dari tahap satu dan dua memeriahkan lagi program ini.

Kursus Blog

Baru-baru ini, guru media dan pusat sumber telah menjalani kursus blog di PKG Taiping selama 3 hari bermula 28 Julai 2009. Sebagai maklumat ringkas berkenaan blog sila klik di sini.


Bulan Membaca datang lagi. Sempena Bulan Membaca NILAM peringkat sekolah, Pusat sumber sekolah telah menganjurkan berbagai program untuk menarik minat murid-murid membaca. Pertandingan mewarna, melukis poster, buku skrap dan lain-lain lagi. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid-murid dan guru-guru.



Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Taiping terletak 1.5 km dari Taiping. Ditubuhkan pada 2003 dibawah projek Rancangan Malaysia ke 8. Mempunyai 3 blok bangunan yang menempatkan 24 buah bilik darjah. Sehingga sekarang, hampir 400 orang murid yang terdiri dari aliran pra sekolah, pendidikan khas dan aliran perdana. Dari 17 orang tenaga pendidik, ia telah mencecah 50 orang guru sehingga kini. Kini sekolah masih diterajui oleh guru besar pertama Puan Hajah Norihan binti Nordin.

Pengenalan

Selamat Datang ke blog Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan Taiping Perak. Terima Kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Semoga ia menjadi perkongsian pintar antara kita dalam mewujudkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan. Selamat Melayari blog ini.